Anjakan biru graviti Anjakan biru

Gelombang jirim (proton, elektron, foton, dll.) yang jatuh ke dalam telaga graviti menjadi lebih bertenaga dan melalui anjakan biru yang tidak bersandarkan kedudukan pemerhati.

Tidak seperti anjakan biru tampak Doppler yang disebabkan oleh pergerakan satu sumber ke arah pemerhati dan oleh itu bergantung kepada sudut terimaan foton, anjakan biru graviti adalah nyata dan tidak bergantung kepada sudut terimaan foton:

Foton yang "memanjat" keluar daripada objek yang mempunyai kesan graviti menjadi kurang bertenaga. Kehilangan tenaga ini disebut "anjakan merah", kerana foton dalam spektrum tampak akan kelihatan lebih merah. Serupa juga, foton yang jatuh ke dalam medan graviti menjadi lebih bertenaga dan menjalani anjakan biru. ... Perhatikan bahawa magnitud anjakan merah (dan biru) bukannya fungsi kepada sudut pancaran atau sudut terimaan foton—ia hanya bergantung kepada sejauh mana secara jejarian foton perlu memanjat keluar daripada (atau jatuh ke dalam) telaga keupayaan.[3]

—Nemiroff, R. J. ♦ Gravitational Principles and Mathematics American Journal of Physics, 61, 619 (1993)

Ia adalah kesan semula jadi keabadian tenaga dan persamaan jisim-tenaga, dan telah dibuktikan melalui uji kaji pada tahun 1959 dengan uji kaji Pound-Rebka. Anjakan biru graviti menyumbang kepada anisotropi latar belakang gelombang mikro kosmik melalui kesan Sachs-Wolfe: apabila telaga graviti berubah apabila satu foton sedang melaluinya, jumlah anjakan biru ketika kedatangannya akan berbeza daripada jumlah anjakan merah graviti sedang ia bergerak keluar dari kawasan itu.[4]

Galaksi biru terpisah

Ada galaksi-galaksi aktif jauh yang menunjukkan anjakan biru dalam garis pancaran [O III] masing-masing. Salah satu anjakan biru terbesar ditemui dalam kuasar jalur sempit, PG 1543+489 yang mempunyai halaju relatif -1150 km/s.[2] Galaksi-galaksi ini dinamakan "galaksi biru terpisah" (blue outliers).[2]